Tinggalkan jejak anda di sini

Rabu, 2 Oktober 2013

Aku yang selalu memuja manisnya senyummu

Puteri Katak :'(
 
Aku mendengar malam berbisik kepadaku
Mana perginya senyuman manisnya
Ingin aku melihatnya kembali terlakar di wajahnya
Rasakan cinta yang pernah memenuhi hatinya itu kerna
Aku tidak menemukan sebarang keperluan untuk melupakan senyuman manis itu.

Selamat malam kekasih,
Yakinlah kamu agar mampu bermimpi seperti aku,
Apabila siang tidak lagi hadir dan yang tinggal cuma malam
Ketika itu aku akan terus menunggu kamu untuk muncul
Intai aku dari balik langsir tingkap yang sentiasa menantikan kehadiran kamu
Rasakan cinta yang ingin aku sampaikan kepada kamu
Ingin aku biarkan senyuman manis milik kamu kekal di situ dan ingatlah;
Namaku Bomb yang memuja senyuman manismu berbanding bulan yang indah.

Mood sedih malam ini .
Nanges :'(

Baca jer ? komen lah sikit !! hii :DD

Ahad, 31 Mac 2013

Sesal ku berpanjangan :'(

Menyesal. Ya, mungkin itulah kata kata yang dapat aku ucapkan kepadamu. Aku menyesal kerana meninggalkanmu dahulu. Aku menyesal telah membohongimu. Aku menyesal telah mengkhianatimu. Dan sekarang, mungkin kau telah temui teman pengganti yang mungkin lebih baik dibandingkann dengan diriku.Kau seakan akan sudah tak mengenaliku lagi, kau telah menutup hati sepenuhnya pada diriku. 

Aku tahu mungkin kau membenciku sekarang.Aku mohon kau maafkan diriku kerana aku yang telah menghancurkan semua hubungan indah yang dulu telah kita jalin bahagia. Aku begitu bodoh meninggalkan kau dulu. Tanpa aku tahu kau adalah seorang yang tepat untukku. Dan sekarang aku sedar, kau adalah seorang gadis yang setia, yang selalu menjaga hatiku....

Rasa sesal yang sering muncul ini kadang dapat ku tepis, tapi kadang pula aku tak dapat mengingkarinya bahawa aku sangat menyesal. Memang benarlah kata orang, kita akan merasa sangat kehilangan ketika seseorang yang kita sayang pergi tanpa sedikit khabar darinya. Rasanya sepi dan sakit. :'(

Sekarang ,mungkin kau telah bahagia dengannya. Dengan kekasihmu. Aku hanya dapat berdoa yang terbaik untuk kalian, semoga kalian dapat menempuhi dengan tabah dalam menghadapi kisah cinta kalian. Di sini aku meminta maaf, mungkin inilah yang akan menjadi sebuah pengajaran bagiku untuk tidak menyia-nyiakan seseorang yang hadir dalam hidup kita dan juga yang sangat sayang kepada kita, ... :')

Terimakasih :) Miss Capital U <3 


Baca jer ? komen lah sikit !! hii :DD

like box

back to top

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

rainbow link

Segala apa yang tercoret adalah hak milik Dexq Bomb ^^,